11bulan ago
SINGAPURA, 11 Feb (Bernama) -- Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA).
11bulan ago
KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
11bulan ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Kaedah pembinaan bagi projek kabel elektrik dasar laut berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd (Kitacon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bagi kerja-kerja pembinaan utama bernilai RM104.30 juta daripada Sime Darby Property (BBR3 Asset 1) Sdn Bhd.
11bulan ago
Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin
LUMUT, 10 Feb (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.
11bulan ago
PUCHONG, 8 Feb (Bernama) -- Kerjasama dan penglibatan secara menyeluruh dan proaktif antara masyarakat setempat dan agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan setiap program-program kerajaan dapat memberi impak yang baik kepada rakyat.