Terdapat 1058 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar as"

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Berikutan Keyakinan Meningkat Terhadap Satu Lagi Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keyakinan yang meningkat bahawa terdapat satu lagi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham produk perindustrian, perkhidmatan serta produk pengguna selain prestasi bercampur-campur daripada bursa serantau.

Tiada Cadangan Rasmi Negara BRICS Kurang Bergantung Kepada Dolar AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Tiada cadangan rasmi yang dipersetujui negara anggota BRICS bagi tujuan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, kadar faedah AS yang tidak menentu dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur, kata peniaga.

MIDF Amanah Jangka Ringgit Diniagakan Tinggi Pada RM4.30 Pada Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF IB) menjangka ringgit kembali mengukuh dan mengakhiri tahun ini pada RM4.30 berbanding RM4.59 pada akhir 2023.

Ringgit Lebih Rendah Daripada Dolar AS Dalam Dagangan Awal

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur terus berwaspada mengenai perkembangan pasaran global, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Pelabur Pilih Mata Wang Selamat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dirangsang Kenaikan Berterusan Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.