Terdapat 3034 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan"

ASEAN Harus Perkukuh Pasaran Modal Untuk Kekal Kompetitif - Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) --  ASEAN harus melakukan pembaharuan struktur untuk mengukuhkan pasaran modal swasta dan menguatkuasakan peraturan terhadap halangan bukan tarif (NTB) jika ia mahu kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak.

Johor Pilihan Nvidia Cloud Partner, Bukti Keyakinan Dunia Terhadap Ekosistem Digital Negeri - MB Johor

JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Johor mencatat pencapaian bersejarah apabila syarIkat gergasi teknologi dunia, NVIDIA bersama YTL Corporation, memilih negeri ini sebagai salah satu daripada hanya lima NVIDIA Cloud Partners di peringkat global.

Rundingan AEM, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer Jadi Tumpuan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tumpuan hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 hari ini, bakal terarah kepada sesi perundingan antara kalangan menteri perkumpulan itu dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer.

Kerjasama China-ASEANs Jana Jumlah Perdagangan Cecah US$1 Trilion

Daripada Rohani Mohd Ibrahim

BEIJING, 23 Sept  (Bernama) -- Kerjasama yang bersifat praktikal dalam pelbagai sektor antara China dan negara-negara ASEAN membuahkan hasil apabila jumlah perdagangan mencecah kira-kira US$1 trilion pada 2024, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.

Malaysia Anjur AIFTIS 2025 Bagi Tingkatkan Produktiviti, Kurangkan Defisit Dagangan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) - Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam mengubah sektor perkhidmatan di rantau ini dengan menjadi tuan rumah Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa ASEAN (AIFTIS) yang julung kali diadakan pada 17-18 November, 2025.

Malaysia Terajui AEM, Pacu Pelaksanaan Keberhasilan Utama Ekonomi ASEAN

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dengan Malaysia selaku pengerusi, melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh integrasi serantau menerusi penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) yang berlangsung minggu ini.

Francais Malaysia Tembusi Pasaran Asia Tengah, Kazakhstan Gerbang Strategik Ke Eurasia

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengorak langkah baharu dengan menembusi pasaran Asia Tengah apabila francais tempatan dibawa ke Kazakhstan sebagai gerbang strategik ke Eurasia.

RMK13 Tumpu Kurangkan Jurang Pembangunan Negeri, Agih Perbelanjaan Seimbang

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi tumpuan terhadap pengurangan jurang pembangunan antara negeri melalui agihan perbelanjaan pembangunan yang lebih seimbang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kanada Tawar Insentif Baharu LNG Tarik Pelaburan Syarikat Minyak Utama

Oleh Mikhail Raj Abdullah and Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kanada menawarkan insentif baharu untuk menarik syarikat-syarikat minyak seperti Petronas meningkatkan pelaburan dalam sektor gas asli cecair (LNG), ketika Perdana Menteri Mark Carney berusaha mempercepatkan kelulusan permit untuk projek LNG dan tenaga bersih.

IOI Properties Umum Menara B COVO Di 16 Sierra Habis Terjual, Menara A Jualan Pantas

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pembangunan pangsapuri perkhidmatan COVO di 16 Sierra oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencapai satu kejayaan besar dengan Menara B habis terjual manakala Menara A pula menyaksikan jualan pantas.

Negeri Sembilan Bakal Miliki Auto City Pertama Di Nilai, GDV RM1 Bilion

NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

AFAC Suarakan Mesej Kukuh Kepada Komuniti Global Mengenai Integriti ASEAN - Tengku Zafrul

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC) menghantar mesej kukuh kepada komuniti global bahawa kumpulan itu komited sepenuhnya terhadap keadilan, ketelusan dan integriti dalam pasarannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.