1tahun ago
ISLAMABAD, 4 Okt (Bernama) -- Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
1tahun ago
Daripada Mohd Haikal Mohd Isa
ISLAMABAD, 3 Okt (Bernama) -- Terdapat komitmen jelas daripada kepimpinan Malaysia dan Pakistan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang boleh menghalang perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara daripada berkembang lebih jauh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menunjukkan pertumbuhan permintaan tahunan yang kukuh pada Ogos 2024, dengan tan kargo bagi setiap kilometer (CTK) meningkat 11.4 peratus berbanding Ogos 2023, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan pelaburan oleh Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelaburan pusat data (DC) adalah pemangkin yang membolehkan peningkatan kompleksiti ekonomi Malaysia dan memajukan kedudukannya di tangga teknologi, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations (MCAT) berkuat kuasa 1 Nov, 2024.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau selain kenaikan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah data ekonomi China yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pelabur asing menjadi penjual bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas berikutan mereka mengambil keuntungan selepas membeli bersih selama enam minggu berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.