BERITA TERKINI   Operasi pembenihan awan Monsun Barat Daya diadakan mulai 11 hingga 15 Feb ini di Johor, Kedah dan Perak - Ahmad Zahid | Universiti Poly-Tech Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur disasar tersenarai dalam Bursa Malaysia tiga tahun akan datang - Ahmad Zahid | Kapal Tempur Pesisir ketiga milik Tentera Laut Diraja Malaysia 'Sharif Mashor' dilancar hari ini | Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan terus menjana peluang pertumbuhan dalam sektor minyak sawit global - Noraini | Pengeluar minyak sawit, peniaga, penggubal dasar dan pengguna akhir perlu bekerjasama menangani turun naik pasaran, perkembangan kawal selia dan perubahan corak permintaan - Noraini | 

Terdapat 10148 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Baharu Terhadap Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.

Untung Bersih Suku Ketiga Johor Plantations Naik Kepada RM77.11 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran harga minyak mentah meningkat, kata peniaga.

Alliance Bank Umum 13 Finalis Terbaik Untuk 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengumumkan 13 finalis terbaik untuk program 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition yang dipilih daripada 593 pemohon.

Dayang Enterprise Raih Dua Kontrak Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB), Dayang Enterprise Sdn Bhd meraih dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian dan hook-up luar pesisir Pan Malaysia.

KPJ Healthcare Buka Pejabat Perwakilan Kelima Di Indonesia

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd membuka pejabat perwakilannya yang kelima di Indonesia terletak di Pekanbaru, Provinsi Riau pada Selasa, menurut Konsulat Malaysia Pekanbaru.

Jualan Kenderaan Baharu Oktober Malaysia Susut Empat Peratus -- MAA

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Jualan kenderaan baharu Malaysia susut empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit yang dicatatkan semasa bulan yang sama tahun sebelum ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Wiki Impact: 20 Syarikat Teratas Bursa Derma RM381.81 Juta Pada 2023

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat teratas Bursa Malaysia mendermakan RM381.81 juta secara tunai pada 2023, menurut  Laporan Wiki Impact “Bursa Top 20: Who’s The Most Charitable?”.

Tun Daim, Daripada Ahli Perbankan, Pemaju Hartanah Kepada Individu Penting Dalam Tangani Cabaran Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pemergian bekas Menteri Kewangan keenam Tun Daim Zainuddin hari ini adalah satu kehilangan bukan sahaja kepada negara, malah kepada komuniti perniagaan terutama dalam sektor perbankan dan hartanah.

Malaysia Akan Lancar Bidaan TBB Rentas Sempadan Bagi Singapura Pada Akhir Tahun - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Sasar Jadi Pemimpin Serantau Dalam Kelestarian

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.

Syarikat Jerman Di Malaysia Yakin Stabil, Ekonomi Dijangka Positif 2025 - MGCC

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Syarikat Jerman di Malaysia yakin dengan prospek perniagaan masing-masing untuk 2025 yang mencerminkan sentimen positif mengenai situasi semasa dan prospek masa hadapan, menurut tinjauan AHK World Business Outlook Fall 2024.