1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin and Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bersandarkan kepada prestasi kukuh pada 2024, ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan pertumbuhan positifnya pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga 6.0 peratus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir 2024 berikutan permintaan yang meningkat terhadap mata wang selamat itu dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang berlarutan.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2024, mencapai beberapa kejayaan penting yang menyediakan asas kukuh bagi indeks utama untuk melepasi paras 1,800 tahun depan selain jangkaan 50 penyenaraian baharu.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar menjelang pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, ia disebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.