11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
MUKAH, 23 Feb (Bernama) -- Daro dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2026, dengan pelaksanaan Fasa 3 Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) di Passin.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN memberikan peluang untuk memacu agenda ASEAN, dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan kerjasama serantau yang lebih baik, menurut RHB Investment Bank Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) meningkat kepada RM1.09 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Disember, 2024 berbanding RM943.08 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- ASEAN komited untuk terus menyumbang secara konstruktif bagi memperkukuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), termasuk menerusi penglibatan dengan negara anggota lain serta pelbagai pihak berkepentingan di platform yang ada.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives Bhd mencatat satu lagi pencapaian baharu tahun lepas dengan 18.95 juta kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) diniagakan, meningkat 17 peratus berbanding rekod sebelumnya sebanyak 16.21 juta kontrak pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan usaha kerjasama dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LOI) berkaitan kerjasama dalam bidang khusus.
11bulan ago
SUBANG JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Sektor logistik perlu memanfaatkan sokongan kerajaan seperti pengecualian cukai bagi kompleks logistik pintar untuk memperkasa sektor itu selain menggalakkan penerimagunaan teknologi Industri 4.0, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sasaran pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara pada 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus berbanding purata global 17 peratus berdasarkan analisis terkini menggunakan data 2022, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.