9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang.
9bulan ago
KUCHING, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom (UK) sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon serta kuasa pengawalseliaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Group Holdings Bhd, akan membeli 16 hartanah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga tunai RM209.81 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kebenaran perancangan telah diberikan untuk fasa pembangunan semula Battersea Power Station yang seterusnya di London, pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar (42 ekar) itu.
9bulan ago
LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses memuktamadkan satu kajian awal terhadap usaha pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, dengan sasaran mengumumkan keberkesanan penggunaannya secara meluas seawal awal tahun hadapan.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
9bulan ago
KUCHING, 30 April (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd (Hartanah Kenyalang) telah melancarkan prospektus menjelang tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul RM19.3 juta berdasarkan harga IPO sebanyak RM0.15 sesaham.