BERITA TERKINI   26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan 2026 esok akibat banjir - Pengarah Pendidikan Negeri | Liga Super: Penang FC 5-0 Melaka FC | Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul naib juara Terbuka Malaysia 2026 | Kehadiran ketua-ketua kerajaan negeri pada Permukiman Kerajaan MADANI cermin kesepaduan Persekutuan dan negeri - Fahmi | Kos sara hidup, permudah urusan perniagaan antara fokus Kerajaan MADANI bagi 2026 - Fahmi | 

Terdapat 924 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Pelabur Asing Kekal Pembeli Bersih Minggu Lepas, Nilai Ekuiti RM271.5 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti Malaysia bagi minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk dana bernilai RM271.5 juta pada minggu lepas.

Inflasi Malaysia Turun Kepada 1.9 Peratus Pada Ogos - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Mulakan Minggu Ini Dalam Julat Stabil, Prospek Meningkat Kekal Positif

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dan dijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.

Northport Catat Rekod Baharu Kendali 52,480 FWT Kargo Keluli

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd, ahli Kumpulan MMC, sekali lagi mencipta rekod baharu bagi pengendalian tertinggi untuk kargo pukal dari sebuah kapal, mengatasi pencapaian yang dicatatkan pada Mac lepas.

Khairul Kamarudin Menangi CEO Terbaik Di GIFA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) Khairul Kamarudin memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2024.

Kenanga Kekal Unjuran Pertumbuhan Eksport 2024 Pada 7.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan prospek pertumbuhan eksport yang positif dengan mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 7.3 peratus tahun ini berdasarkan petunjuk semasa.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Peletakan Jawatan Juruaudit Luar Amalan Tadbir Urus Rutin - Bina Darulaman

ALOR SETAR, 19 Sept (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd hari ini menjelaskan peletakan jawatan juruaudit luarnya, KPMG PLT, yang berkuat kuasa 9 Sept, 2024, adalah sebahagian daripada amalan tadbir urus rutin.

Trafik Penumpang Udara Naik 12.7 Peratus Kepada 8.7 Juta Pada Ogos 2024 - MAVCOM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023, mencerminkan pertumbuhan kukuh yang berterusan untuk kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik.