8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Subsidiari konglomerat pertahanan Rostec, Russian Helicopters mahu mengembangkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara dengan memperkenalkan pesawat terbaharunya di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan meminta penjelasan Suruhanjaya Eropah (EC) mengenai metodologi penanda aras penuh yang digunakan dalam penilaiannya mengenai status 'risiko standard' yang diberikan kepada Malaysia di bawah Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 menyusut kepada RM21.9 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM26.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan yang berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar US$65 setong, disokong oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan ketidakpastian mengenai gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia, menurut Rystad Energy.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN seterusnya, menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan sebagai tonggak utama di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, diseret oleh kebimbangan mengenai peningkatan output pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David ng.