9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak global terus menerima tekanan berikutan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Rystad Energy hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini untuk hari keenam berturut-turut berikutan harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada pasaran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia digesa agar mempelbagaikan pasaran minyak sawitnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada destinasi import tunggal komoditi itu berikutan isu tarif yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025, didorong oleh aliran penggunaan berstruktur dan kebolehlihatan pendapatan yang stabil, walaupun tinjauan ekonomi makro yang lebih suram, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah kerana pelabur mengambil keuntungan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema "JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan."
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Indeks pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus menguji paras psikologi 1,500 mata minggu hadapan, dengan pergerakan berterusan melepasi paras itu berkemungkinan meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik aliran masuk asing.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat dalam tempoh terdekat disokong oleh sentimen yang bertambah baik sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini untuk hari kelima berturut-turut kerana kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran menyebabkan tekanan kepada harga komoditi itu.