11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan Timor-Leste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Yayasan Peneraju melancarkan skim pembiayaan baharu yang menyaksikan dana akan disalurkan terus ke akaun individu dan bukannya institusi pendidikan serta latihan terbabit.
11bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta harus diberi lebih banyak kuasa untuk mengenal pasti negara yang menggunakan halangan bukan tarif (NTB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 yang merupakan satu inisiatif berpandangan ke hadapan bertujuan meningkatkan kerjasama dan daya tahan serantau.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Rabu, didorong oleh sentimen yang lebih baik dan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.
11bulan ago
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Replika Gambus dan corak Benang Johor antara “buah tangan” eksklusif yang disediakan untuk delegasi kenamaan sempena Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.