BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 2-1 JDT | Suhaimi Sulaiman sahkan lepaskan jawatan KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini | 

Terdapat 1861 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.

EPMS, Sinopec SLT, ICSB Jalin Kerjasama, Teroka Industri Minyak Dan Gas Luar Pesisir Malaysia

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), SINOPEC Heavy Lifting and Transportation Co. Ltd. (SINOPEC SLT) serta Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) hari ini menjalin kerjasama strategik. 

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah semasa akhir sesi dagangan pagi pada Selasa berikutan ketiadaan petunjuk baharu.

PEOPLElogy Sasar Pengembangan Ke Sabah, Sarawak Dan Asia Tenggara Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd menyasar untuk mengembangkan penyelesaian pembangunan sumber manusia bersepadu ke seluruh Sabah, Sarawak dan rantau Asia Tenggara menjelang 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Untung Bersih Johor Plantations Naik Kepada RM75.93 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari dalam persekitaran aliran menurun di bursa serantau.

Keyfield International Optimis Catat Keputusan Kewangan Lebih Baik Untuk Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Penyedia kapal sokongan luar pesisir (OSV) Keyfield International Bhd, optimis tetapi berhati-hati untuk mecatatkan keputusan kewangan lebih baik tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan makroekonomi.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.