1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) dan MTC Orec Sdn Bhd (MTC Orec) menjalin kerjasama strategik bagi memacu pembangunan loji biometana MTC Orec, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pertumbuhan mampan serta inovasi tenaga boleh baharu (TBB).
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Dalam tempoh kurang daripada dua minggu, Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN pada Januari 2025, menandakan detik penting untuk negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, meneruskan penyusutan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan pendekatan lebih berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah tahun depan, susulan penurunan 25 mata asas pada Rabu.
1tahun ago
LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.
1tahun ago
LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Terdapat ramai pelabur asing dan tempatan daripada pelbagai sektor industri telah menunjukkan minat untuk melabur di Labuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Xindeco IoT Malaysia Sdn Bhd merasmikan kemudahan pembuatan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) termaju di Nilai, Negeri Sembilan, menjadikannya sebagai hab pengeluaran RFID terbesar di Asia Tenggara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM128.61 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 berbanding RM137.84 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.