1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan sentimen positif di tengah-tengah aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kenanga Research menyemak semula unjuran keuntungan teras tahun kewangan 2025 Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dengan peningkatan sebanyak 10 peratus yang mencerminkan jangkaan kenaikan harga poliolefin yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih baik bahagian khusus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk jualan kenderaan baharu dijangka turun sebanyak empat peratus tahun ke tahun kepada 755,000 unit pada 2025 berbanding 790,000 unit pada 2024, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat ke paras 55.8 dalam separuh kedua 2024 berbanding 54.7 dalam separuh pertama, demikian menurut SME Bank Malaysia Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sektor tenaga Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara tahun ini, dipacu oleh insentif yang memangkin pemain industri untuk terlibat dalam usaha sama tenaga hijau baharu terutamanya sistem solar.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.