BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | 

Terdapat 1242 berita berdasarkan kata kunci carian " thailand"

ASEAN Tumpu Perkukuh Asas Dan Kerjasama Ekonomi, Tingkat Perdagangan - PM Anwar 

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Negara anggota ASEAN menumpu untuk mengukuhkan asas ekonomi, kerjasama dan meningkatkan perdagangan sesama anggota, yang setakat 2023, mencatatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.8 trilion (US$1=RM4.43)

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan menunjukkan aliran bercampur-campur pada Rabu berikutan sentimen menjadi lemah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan hasratnya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Penurunan Inflasi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data yang menunjukkan penurunan kadar inflasi Malaysia, kata ahli ekonomi.

Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.7 Peratus Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini kebanyakannya didorong oleh ucapan sulung Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47 semalam, kata seorang ahli ekonomi.

Majoriti Negara Anggota ASEAN Perlu Guna Pakai Zon Waktu Seragam - Abdul Wahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 berikutan ini akan terus menyepadukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

FSBM Bekerjasama Dengan Syarikat China, Taiwan Lancar Platform Dikuasakan Ai

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah selepas Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden ke-47, tidak mengumumkan sebarang tarif baharu, khususnya ke atas China.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pelantikan Trump

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.