1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
1tahun ago
SEREMBAN, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
1tahun ago
KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak diperuntukkan RM1.31 bilion menerusi Belanjawan 2025 negeri, peningkatan ketara sebanyak 64 peratus daripada RM799.52 juta yang disediakan bagi tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia dan pengurusan ekonomi kerajaan.
1tahun ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan
SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan PayMate berganding bahu dalam usaha memperkasa kira-kira 70,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini dengan menawarkan kemudahan pilihan pembayaran tambahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- AmBank Group mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun-ke-tahun (y-o-y) bagi Malaysia lebih perlahan kepada 5.1 peratus pada suku ketiga 2024, turun daripada anggaran awal pada 5.3 peratus.
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.