4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Glomac Bhd melupuskan dua bidang tanah kosong pegangan pajakan di Puchong kepada Sunway Kiara Sdn Bhd pada harga RM97.30 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) kekal berpandangan positif terhadap sektor infrastruktur tenaga Malaysia sehingga separuh pertama 2026 dipacu oleh aliran pesanan yang kukuh daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), pusat data dan tenaga solar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.
4hari ago
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sektor pembuatan di seluruh ASEAN bertambah baik pada Disember 2025, disokong oleh pengeluaran yang kukuh, pesanan baharu dan keyakinan perniagaan yang semakin meningkat, menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ASEAN oleh S&P Global.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
4hari ago
JOHOR BAHRU, 5 Jan (Bernama) -- Johor terus menumpukan usaha bagi memperkukuh komitmen jangka panjang syarikat teknologi global, ByteDance di negeri itu selaras dengan pelaburan pusat data berskala besar syarikat berkenaan yang berasaskan kecederasan buatan (AI) di Malaysia yang melebihi RM29.5 bilion.
4hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kesediaan untuk mengambil risiko pada peringkat global menjadi lebih berhati-hati, mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.
5hari ago
JITRA, 4 Jan (Bernama) -- Operasi syarikat peneraju penyelidikan ganoderma, Gano Excel Industries Sdn Bhd kini merangkumi lebih 100 rumah hijau khas bagi memastikan pengeluaran berskala besar dan konsisten untuk pasaran global syarikatnya dapat dikekalkan.