BERITA TERKINI   Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang, Kedah laksana PdPR tiga hari bermula esok hingga Selasa — JPN Kedah | 

Terdapat 1940 berita berdasarkan kata kunci carian " nasional"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung, sekali gus mencatat penurunan untuk sesi kedua berturut-turut.

MBSB Bank Biaya Infrastruktur Tenusu Tahap 1 Menerusi Kemudahan Bernilai RM95.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- MBSB Bank Bhd menyediakan kemudahan pembiayaan berstruktur sebanyak RM95.8 juta kepada Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd untuk pembangunan infrastruktur tenusu tahap-1.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Kekal Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah, dipengaruhi tekanan jualan dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Ketidaktentuan Dasar AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

MOF Akan Bubar Syarikat MKD Berstatus Dorman Selepas Penuhi Obligasi Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan membubarkan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berstatus dorman selepas syarikat terbabit menyelesaikan isu berkaitan obligasi kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Untung Bersih Petronas Dagangan Meningkat Kepada RM1.10 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM1.09 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

BE2026 Luas Liputan Sektor Informal Demi Data Ekonomi Lebih Inklusif - DOSM

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) buat pertama kali diperluaskan bagi merangkumi sektor informal yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi negara, termasuk perniagaan dalam talian, penjaja kecil, inap desa, pekerja gig dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.

Battersea Power Station Lantik Studio Egret West Untuk Fasa Akhir Pelan Induknya

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).

Malaysia Alu-alukan Pengembangan Perniagaan Ant International - Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) --  Malaysia mengalu-alukan pengembangan perniagaan dan pengukuhan perkongsian Ant International dengan syarikat tempatan selaras dengan kerangka untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta membina keupayaan dalam meningkatkan tahap ekonomi digital negara.