BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Malaysia Alu-alukan Pengembangan Perniagaan Ant International - Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) --  Malaysia mengalu-alukan pengembangan perniagaan dan pengukuhan perkongsian Ant International dengan syarikat tempatan selaras dengan kerangka untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta membina keupayaan dalam meningkatkan tahap ekonomi digital negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman X, berkata demikian susulan kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Ant International Peng Yang bersama delegasinya dalam satu sesi perbincangan, petang tadi.

Anwar berkata perbincangan itu merangkumi tahap kemajuan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia selain bidang seperti pelancongan, perdagangan, teknologi dan bakat bagi syarikat berkenaan.

Ant Group yang bermula dengan perkhidmatan AliPay pada 2004 merupakan syarikat multinasional berpangkalan di China.

Ant International yang beribu pejabat di Singapura pula ialah unit perniagaan antarabangsa di bawah Ant Group, manakala Khazanah Nasional Bhd merupakan pelabur utama serta rakan kongsi bagi Alibaba Group dan Ant Group.

-- BERNAMA