27hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd dibuka pada paras mendatar di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini menyamai harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 75 sen dengan kira-kira 5.8 juta saham diniagakan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG), paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan nilai ambang bagi pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun depan, mampu mendorong usahawan menjadi lebih berdaya saing dalam memajukan perniagaan masing-masing.
28hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada keuntungan dan margin syarikat penerbangan yang berasaskan bukan dolar AS dengan mengurangkan kos yang menggunakan nilai mata wang dolar AS seperti bahan api, sewa pesawat dan penyelenggaraan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia memperlihatkan prestasi kukuh tahun ini, dengan jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
28hari ago
SEREMBAN, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan dijangka menerima limpahan pelaburan asing baharu berjumlah lebih RM27 bilion bermula tahun depan, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Malaysia melangkah menuju 2026 dengan sektor minyak dan gas yang masih kukuh, namun faktor yang mempengaruhinya sedang berubah lebih cepat berbanding dalam tempoh beberapa dekad lepas.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia terus mengekalkan momentum kukuh pada 2025, dipacu oleh kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta ledakan pelaburan pusat data, di tengah persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) giat menggalakkan pelaburan dalam industri unsur nadir bumi (REE) bagi segmen pertengahan dan hiliran bagi memastikan nilai tambah berlaku di bumi Malaysia.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Islam lain perlu memperkukuh penyelarasan dan keterlibatan untuk mendorong perdagangan antara negara OIC, kata bekas Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
29hari ago
KUALA LANGAT, 8 Dis (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) hari ini telah melancarkan Taman Perindustrian IOI@Banting yang berkeluasan 130.31 hektar (322-ekar), mencerminkan kemajuan dalam memacu strategi segmen perindustriannya.