Terdapat 2814 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan"

Malaysia, Rusia Sedang Teroka Kerjasama Di Bawah Program Tenaga Nuklear Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.

Kerajaan Optimis Sasaran Tertinggi Pertumbuhan Ekonomi 4.8 Peratus Bagi 2025 Dapat Dicapai - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

U Mobile Sedia Kemudahan Rangkaian 5G Generasi Seterusnya Di 20 Hartanah IGB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.

Labuan FSA Keluar Nota Panduan Maqasid Al-Shariah Untuk Labuan IBFC

LABUAN, 10 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Maqasid al-Shariah untuk Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC). 

Pertumbuhan Malaysia 2026 Diunjur Kukuh Pada 4.5 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.

Unit PJBumi Peroleh Kontrak Projek Perindustrian Kedah Bernilai RM23.46 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh PJBumi Bhd, PJBumi Heavy Engineering & Services Sdn Bhd memperoleh kontrak reka bentuk dan bina bernilai RM23.46 juta bagi pembangunan perindustrian di Sungai Petani, Kedah. 

Matrix Concepts Jual Tanah Di Seremban Pada Harga RM24.61 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 85 peratus Matrix Concepts Holdings Bhd, N9 Matrix Development Sdn Bhd, sedang menjual dua bidang tanah kosong bernilai RM24.61 juta di Seremban, Negeri Sembilan kepada Bidara Pesona Sdn Bhd (BPSB).

BNM Tetapkan Dasa FTFC, Elak Salah Guna Kuasa Institusi Kewangan - MoF

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan garis panduan yang jelas melalui Dokumen Dasar Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh institusi kewangan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Pengendali Pelabuhan Labuan Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Pelabuhan Langkawi

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 9 Dis (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM), pengendali pelabuhan Labuan berkata ia terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) terutamanya dalam bidang-bidang pertukaran kepakaran dan amalan terbaik bagi pengurusan pelabuhan.

Pengeluaran SAF Tidak Capai Sasaran Global, Kebimbangan Untuk 2026 -- IATA

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) jauh di bawah sasaran global sekali gus memaksa syarikat penerbangan untuk mempertimbangkan semula sasaran hijau 2030 masing-masing, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh.

CEDAR Perkasa Lebih 3,000 Peniaga Mikro Menerusi Inisiatif Maju Usahawan MADANI

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), pusat pembangunan kapasiti dan latihan di bawah Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank), telah memperkasa lebih 3,000 usahawan mikro di seluruh negara menerusi inisiatif Maju Usahawan MADANI (MUM).

N.Sembilan Dijangka Terima Pelaburan Asing Baharu Lebih RM27 Bilion Bermula Tahun Depan - Aminuddin

SEREMBAN, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan dijangka menerima limpahan pelaburan asing baharu berjumlah lebih RM27 bilion bermula tahun depan, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu hari ini.