Terdapat 114 berita berdasarkan kata kunci carian " petronas gas"

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam dagangan tengah hari ini walaupun prestasi pasaran serantau kebanyakannya tinggi ketika pasaran terus diasak sentimen berhati-hati.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda. 

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau.

FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.

Petronas Gas Terus Salur Bantuan Untuk Mangsa Insiden Putra Heights

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah bertindak mengaktifkan pasukan tindak balas krisis dan kecemasan untuk menggerakkan sumber, termasuk sukarelawan bagi membantu individu dan keluarga terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Kebakaran Di Putra Heights Cetus Gangguan Pengeluaran, Kerugian Kewangan 200 Kilang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahan industri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.

Putra Heights : Petronas Gas Kukuh Komitmen Keselamatan Dan Kebolehpercayaan

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan bahawa ia sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa dalam semua peringkat operasinya.

FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.

Saham Petronas Gas Turun 1.30 Peratus Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.