Harga Runcit RON95 Kekal, RON97 Naik Tujuh Sen
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mencari rakan kongsi tempatan dan antarabangsa merentasi rantaian bekalan pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen itu, selepas mengenal pasti sehingga tujuh tapak CCS yang berpotensi di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Industri minyak dan gas kekal bersiap sedia di tengah-tengah ketegangan geopolitik ketika ini walaupun keadaan masih tenang, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Inisiatif rantau kecil seperti IMT-GT dan BIMP-EAGA bukan sahaja membuahkan hasil tetapi terbukti menjadi pelengkap penting kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan dan ketersambungan serantau.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari.
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Mei 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN seterusnya, menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan sebagai tonggak utama di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Sarawak Energy Bhd (SEB) supaya melaksanakan penstrukturan semula untuk menyokong pengeluaran negeri dalam pengeluaran dan bekalan tenaga.