1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Exsim Hospitality Bhd (EHB) Exsim Concepto Sdn Bhd memperoleh beberapa projek berkaitan kelengkapan dalaman bangunan dengan nilai kontrak agregat berjumlah RM127.9 juta.
1tahun ago
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- ARM Holdings Plc, syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK) yang menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia bakal menandatangani perjanjian pada minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Replika Gambus dan corak Benang Johor antara “buah tangan” eksklusif yang disediakan untuk delegasi kenamaan sempena Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Hab makanan baharu yang diperakui halal dan dibangunkan SPC Group di Johor mampu memainkan peranan penting dalam pengembangan global syarikat itu selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan seni bina dan reka bentuk profesional Malaysia perlu tampil sebagai penyumbang kukuh kepada perdagangan perkhidmatan negara berikutan mempunyai kombinasi ciri-ciri moden dan warisan budaya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd secara rasmi melancarkan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar sebagai pusat utama untuk menggandakan bilangan pelanggan premier di negara ini dalam tempoh lima tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1tahun ago
KUCHING, 7 Feb (Bernama) -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
BENTONG, 6 Feb (Bernama) – Pengharmonian elemen santai, menikmati keindahan selain menyuntik kesedaran mengurangkan impak ke atas alam semula jadi menjadi pendekatan Berjaya Hills Resort Bhd bagi menghidupkan percutian eko di The Chateau Spa and Wellness Resort di sini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 menyasarkan untuk mencapai peningkatan jualan sebanyak lima peratus tahun ini berbanding jualan di acara yang sama berjumlah US$1.28 bilion (US$1 = RM4.43) pada tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21Jan (Bernama) -- Peruncit di Stesen Janakuasa Battersea, pelaburan terbesar Malaysia yang melibatkan dana awam di Eropah telah menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 13.4 peratus menjelang November dan Disember 2024 berbanding tempoh dagangan musim perayaan yang sama pada 2023.