BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 0-1 Terengganu FC | Liga Super: DPMM FC 2-5 Selangor FC | 

Terdapat 222 berita berdasarkan kata kunci carian " tengah hari "

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan momentum lebih kukuh dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah di tengah-tengah pengukuhan dolar US termasuk perbincangan yang berterusan mengenai kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Pelabur Terus Teliti Impak Tarif AS, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan pergerakan kurang memberangsangkan dalam dagangan tengah hari ini ketika pelabur terus meneliti impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagang utama negara itu di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Bursa Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Peniaga Menilai Impak Tarif AS

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah sedikit semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga menilai impak daripada tarif terkini Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagangnya, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Julai  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah ketegangan perdagangan global yang berterusan. 

Alliance Bank Jangka OPR Kekal Tiga Peratus Berikutan Persekitaran Ekonomi Yang Menggalakkan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) esok berikutan persekitaran ekonomi negara yang menggalakkan.

mySalam Cipta Rekod MBOR Menerusi Siaran Langsung 24 Jam Di Tik Tok

TAWAU, 6 Julai (Bernama) -- Skim perlindungan takaful nasional, mySalam, yang diuruskan Great Eastern Takaful Berhad, mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR)  selepas berjaya melaksanakan siaran langsung literasi kewangan terpanjang selama 24 jam tanpa henti menerusi Tik Tok LIVE.

Program BESS Penting Bagi Kestabilan Grid Malaysia, Kata Aurora Energy Research

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kapasiti tenaga solar Semenanjung Malaysia yang melepasi  2.5 gigawatt (GW) pada 2025 akan menyaksikan cabaran grid daripada penjanaan berselang-seli menjadi lebih ketara, demikian menurut firma perundingan dan analitik global, Aurora Energy Research.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih kukuh hari ini susulan peningkatan keyakinan pasaran terhadap pengurangan potensi kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekalkan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal sedikit tinggi semasa tengah hari pada Rabu, didorong oleh aktiviti pembelian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor perkhidmatan kewangan serta telekomunikasi dan media.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.