Terdapat 12621 berita berdasarkan kata kunci carian " yan"

Pendekatan Pelbagaikan Sumber Perkukuh Ketahanan Bekalan Tenaga Negara - Amir Hamzah

PETALING JAYA, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan menggunakan pendekatan good risk management dengan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga bagi memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan secara mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan, terutamanya perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca di beberapa rantau pengeluar getah utama.  

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Mingu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Semula Paras 1,700

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Pada US$4,400 Hingga US$4,500 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,400 hingga US$4,500 bagi setiap auns troy pada minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi harga minyak mentah yang lebih lemah dan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang laporan penting daripada industri.

Ringgit Diunjur Diniagakan Antara RM4.02 Dan RM4.04 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.02 dan RM4.04 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur terus berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang sedang berlaku.

Well Chip Akan Kumpul Terbitan Hak Boleh Lepas Sehingga RM120 Juta Untuk Pengembangan Pajak Gadai

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.

SKP Terbitkan Standard Untuk Kawal Selia BNPL, Lima Aktiviti Kredit Pengguna Lain 

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran (AS) serta Standard Pelakuan (CS), yang akan mengawal selia skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) dan lima lagi aktiviti perniagaan lain yang sebelum ini tidak dikawal selia di bawah Fasa 1 Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Pelan Hala Tuju 5-tahun OGSE Sabah Akan Dibawa Ke Mesyuarat Jemaah Menteri - Ewon

KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan membawa Pelan Hala Tuju lima tahun Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) negeri itu ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan sokongan.

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan pasaran COMEX AS yang lemah selepas para pelabur mula mengambil untung.