2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerangka produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini manakala pelancarannya dijangka pada 2027, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan kepada RM50 bilion tahun depan daripada RM40 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan RENTAS+, penambahbaikan kepada Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) bagi membolehkan pemindahan dana dan penyelesaian antara bank secara berterusan, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$123.6 bilion pada 30 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026–2030 (NS2.0) dirangka dengan visi yang lebih luas berteraskan tiga keutamaan yang saling melengkapi iaitu keterangkuman, pendigitalan dan pemantauan.
2bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini, disokong oleh pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan konsolidasi fiskal.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara mencatatkan peningkatan dalam tahap kecemerlangan perkhidmatan apabila Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) terkini mencapai 88 mata pada 2024.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Kedua (NS2.0) akan digerakkan dengan pendekatan lebih strategik, berkesan dan inklusif bagi menangani cabaran semasa serta mempersiapkan negara menghadapi keperluan masa depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada November, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
3bulan ago
PETALING JAYA, 1 Okt (Bernama) --Platform perbandingan kewangan RinggitPlus melaporkan terdapat kemajuan menggalakkan berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah apabila semakin ramai yang mengambil langkah untuk mencapai jaminan kewangan jangka panjang.