BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 1-2 Terengganu | Liga Super: Negeri Sembilan 1-2 Imigresen | Liga Super: PDRM 1-0 Kelantan The Real Warriors | 

Terdapat 3517 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Menjejaki Kelemahan Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Kenaikan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

WCT Akan Lancar Program Terbitan Nota Islam Bernilai RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- WCT Holdings Bhd merancang untuk mewujudkan program penerbitan nota Islam dengan nilai nominal agregat sehingga RM5 bilion, terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Islam Senior dan/atau Nota Islam Kekal Subordinat berasaskan prinsip Shariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Greentronics Technology

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Greentronics Technology Bhd berikutan penyusutan ketara harga sahamnya, dengan peningkatan jumlah dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

Bank Islam Lantik Raja Teh Maimunah Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melantik Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa 1 April, 2026, menggantikan Datuk Mohd Muazzam Mohamed yang bersara awal pada Disember 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Bimbang Pengeluaran Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa bulan akan datang, kata peniaga.

BNM Terima 30-35 Permohonan Stablecoin, Uji Inisiatif Berasaskan Ringgit

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) menerima kira-kira 30 hingga 35 permohonan yang berkaitan dengan stablecoin dan inovasi aset digital, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.