BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI kukuh, terus laksana agenda pembangunan negara - PM Anwar | 

Terdapat 168 berita berdasarkan kata kunci carian "ihp"

Inflasi Keseluruhan Turun Kepada 1.4 Peratus, Teras Stabil Pada Mac - BNM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 1.9 Peratus Pada Mac 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) susut 1.9 peratus pada Mac 2025 berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Diunjur Pulih Selepas Menyederhana Pada Mac -- Moody's Analytics

SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pulih pada tempoh separuh kedua 2025 selepas mencatatkan angka terendah dalam tempoh melebihi empat tahun pada Mac.

CIMB Jangka Pengurangan OPR Pada Julai Di Tengah-tengah Risiko Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai.

Penangguhan Tarif AS Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, CI Meningkat 4.47 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Indeks Harga Pengeluar Catat Kenaikan Sederhana 0.3 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)  -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.

Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini, selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini berikutan pasaran menilai pendirian terkini Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang dilihat cenderung untuk menurunkan kadar faedah tetapi secara berhati-hati.

Perang Dagangan Ketara, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran, kata penganalisis.