27hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh gabungan faktor penurunan, manakala ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan penyusutan tambahan ke atas kontrak MSM denominasi ringgit.
27hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatat penyusutan kecil berikutan sentimen berhati-hati yang ketara menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal diniagakan rendah pada tengah hari Khamis berikutan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti dan perkhidmatan kewangan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada susut awal dagangan hari ini.
27hari ago
Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.
28hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS pada Rabu, mencapai 4.1200 ketika ditutup hari ini berikutan jangkaan berterusan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, yang memberi tekanan ke atas dolar.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya mendatar pada hari ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.
29hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan data pembuatan AS yang lebih lemah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan harapan terhadap pengurangan kadar faedahnya minggu depan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.