Terdapat 125 berita berdasarkan kata kunci carian "tenaga nasional bhd"

Penetapan Tarif Elektrik Baharu Di Semenanjung Akan Pertimbang Kebajikan Rakyat - Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Maybank IB, HLIB Jangka OPR Kekal Pada 3.00 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.

Unit UUE Holdings Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM27.5 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).

FTA Malaysia-UK Menerusi CPTPP Dijangka Tingkat Pelaburan, Perdagangan - Tengku Zafrul

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Lawatan PM Anwar Ke UK Berjaya Tarik Potensi Pelaburan Bernilai RM11 Bilion

LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak RM25.50 Juta Daripada Tenaga Nasional

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenaga Nasional Bhd untuk melaksanakan kerja kontrak bagi cadangan pembekalan secara pukal 275 kilovolt (kV) kepada sebuah pusat data di Selangor.

TNB Western Energy Failkan Semakan Kehakiman Bagi Cabar Taksiran Cukai RM291.55 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- TNB Western Energy Bhd (TNB WE), anak syarikat milik penuh tidak langsung Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui TNB Manjung Five Sdn Bhd, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaysia untuk mencabar taksiran cukai sebanyak RM291.55 juta bagi tahun taksiran 2018.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran aktiviti memperelokkan akaun.

Kos Elektrik, Inisiatif Tenaga Hijau Dorong Penerimagunaan Solar Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025,  kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Akhiri Minggu Dagangan Krismas Dengan Sentimen Positif

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif, didorong oleh aktiviti memperelokkan akaun dan unjuran pertumbuhan yang kukuh, kata penganalisis.