2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) – Bank-bank digital meminta kerajaan untuk mengutamakan pengagihan subsidi bersasar dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2026 menerusi platform digital bank berkenaan yang mampu melaksanakan sistem penyampaian secara lebih adil dan cekap.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenal pasti beberapa keutamaan penting untuk memperkasakan wanita dalam perdagangan dan industri antaranya dari segi pembiayaan dan akses kepada sumber.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini sedang dalam proses memuktamadkan tarikh yang sesuai untuk memulakan pusingan pertama rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu melakar hala tujunya sendiri dengan berpandukan tadbir urus teguh atau berwibawa, kejelasan moral serta himpunan imaginasi golongan yang berani merealisasikannya, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Usaha memperluaskan akses telekomunikasi merupakan kunci bagi meningkatkan kumpulan terpinggir seperti Orang Asli berikutan keberkesanan ketersambungan dalam membuka peluang aspek seperti penglibatan ekonomi, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei tahun depan dijangka menarik lebih banyak penyertaan syarikat francais dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh daya saing usahawan tempatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (BFood) diumumkan sebagai penaja korporat bagi Persidangan Kepimpinan WE2025: Future in Motion, yang akan diadakan pada 25-26 Nov, 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Malaysia dan Pakistan perlu menggiatkan semula kerjasama dua hala dan bergerak ke arah dasar yang lebih agresif dan progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Agrobank berharap Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dapat terus ditambah baik dalam Belanjawan 2026 berikutan pencapaian positifnya terhadap ekonomi, khususnya dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor agromakanan.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.25 bilion kepada 66,992 usahawan di Sabah sejak 1998 sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa usahawan mikro di negeri itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan Siri BUDI, sebuah panduan kewangan dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada empat jilid untuk memperkukuh pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, daripada golongan belia hingga usia persaraan.
3bulan ago
KUALA BERANG, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk merancakkan lagi industri buluh yang mampu muncul sebagai pemacu ekonomi baharu, seterusnya memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.