BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | 

Terdapat 1075 berita berdasarkan kata kunci carian "keputusan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dirangsang oleh hala tuju pelabur yang lebih jelas dalam pasaran susulan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini manakala Indeks Dolar US meningkat kepada 105.009 mata, peningkatan 1.5 peratus daripada penutupan hari sebelumnya.

RHB Investment Bank Kekal Unjuran KDNK 2025 Pada 5.0 Peratus Selepas Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2025 Malaysia pada 5.0 peratus, berdasarkan andaian global yang menjurus kepada keadaan “Goldilocks” berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Ambil Pendekatan Pragmatik Bangun Perancangan Ekonomi - Rafizi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

OPR BNM Menandakan Unjuran Positif Untuk Pertumbuhan Pelaburan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini mencerminkan sokongan bank pusat itu terhadap pertumbuhan ekonomi domestik.

Niaga Hadapan MSM Meningkat Melebihi RM4,900 Susulan Kadar Eksport Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu kerana harga meningkat melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak penanda aras Januari 2025, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Keputusan Pilihan Raya AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya apabila keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mula diperoleh, kata seorang pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Sentimen Positif, Indeks Komposit Naik 0.83 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripada pendapatan saham teknologi yang kukuh dan prospek pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, disokong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan serantau dan prestasi ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Selesema Burung: F&N Berdepan Setahun Penangguhan Penghantaran Lembu Betina Dari AS

SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan penangguhan penghantaran kumpulan lembu betina pertamanya dari Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun berikutan pembatalan penghantaran, akibat kebimbangan wabak selesema burung.

Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia Capai Hasil Memberangsangkan - Gobind 

BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan apabila berjaya melonjakkan Kuala Lumpur ke kedudukan lebih baik berbanding tahun lepas, dalam Indeks Bandar Pintar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).