10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 negara kepada 4.3 peratus daripada 4.9 peratus dan kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus bagi 2026.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan rendah sedikit selari dengan pasaran serantau, apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan tarif timbal baliknya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan lengang disebabkan minggu dagangan singkat dan pasaran berhati-hati menjelang pengumuman tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) lewat hari atau awal pagi esok, waktu Malaysia.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak dalam julat yang terhad sepanjang minggu dagangan singkat minggu depan berikutan cuti umum, mencerminkan prestasi pasaran tunai.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan kenaikan pada Jumaat dipacu oleh lonjakan positif dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) semalam, menurut seorang penganalisis.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Jumaat berikutan pengambilan untung selepas kenaikan kukuh berterusan baru-baru ini memberi tekanan kepada kaunter produk perindustrian, telekomunikasi dan perbankan.