1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A. Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotai BRICS sebagai negara rakan memberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburan dan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil minggu depan berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga mendatar pada minggu depan dalam julat 4.34-4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu pemilihan presiden negara maju itu pada 5 November ini.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS susulan permintaan merosot terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A.Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh data inflasi yang stabil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian antarabangsa dan menambah baik mekanisme sedia ada dengan negara strategi dari semasa ke semasa.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal dagangan pada Khamis, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada 5 November ini, kata penganalisis.