Terdapat 1499 berita berdasarkan kata kunci carian " kementerian"

Bantuan RM100 Juta Program Tanam Semula Sawit Disasar Dimanfaat Sepenuhnya Pada Jun - Johari

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) --  Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan bantuan RM100 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil kelapa sawit menjelang Jun tahun ini.

Untung Bersih RHB Bank Melonjak Kepada RM3.12 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.

Negara Anggota ASEAN Semakin Peka Konsep EPR, Kitar Semula Berasaskan Pasaran - Pakar Ekonomi

JAKARTA, 27 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan konsep Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) dan sistem kitar semula berasaskan pasaran di ASEAN antara perkara dibincangkan di bengkel alam sekitar Asia Tenggara untuk pengamal media yang diadakan di sini.

Hutang Isi Rumah RM1.63 Trilion, Aset Kewangan RM3.4 Trilion Setakat Akhir Disember 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Mekanisme Perdagangan, Pelaburan Dalam Mata Wang Tempatan Akan Terus Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

LRT3 Dijadual Mula Beroperasi Pada 30 September 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 Sept, 2025, selepas projek itu diserahkan sepenuhnya kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kontraktor utama pada 31 Julai ini.

Sekretariat ASEAN Perlu Diberi Lebih Kuasa Kenal Pasti Negara Guna Halangan Bukan Tarif -- Nazir Razak

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta harus diberi lebih banyak kuasa untuk mengenal pasti negara yang menggunakan halangan bukan tarif (NTB).

ICW, BuildXpo 2025 Sasar Capai Jualan RM700 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.

PM Anwar Harap Kerjasama Petronas-Petrovietnam Dimeterai Mei Ini

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

HANOI, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar kerjasama antara syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) di kawasan sempadan maritim kedua-dua negara dapat dimeterai Mei ini.

PM Anwar Harap Kerjasama Petronas-Petrovietnam Dimeterai Mei Ini

Daripada Mohd Haikal Mohd Isa

HANOI, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar kerjasama antara syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) di kawasan sempadan maritim kedua-dua negara dapat dimeterai Mei ini.

MITI Komited Bantu Industri Keluli Ke Arah Kemampanan, Rangka Pelan Komprehensif

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan penstrukturan semula industri keluli Malaysia bagi mengukuhkan kemampanan, selain mengiktirafnya sebagai sektor strategik negara.

Ekonomi Sarawak Diunjur Berkembang Sebanyak 6 Peratus – Timbalan Premier

KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara lima hingga enam peratus tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.