Terdapat 1224 berita berdasarkan kata kunci carian " majlis"

KPK Yakin Sasaran RM28 Bilion Eksport Industri Kayu Dapat Dicapai Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.

Permintaan Semakin Meningkat Untuk Insurans Kesihatan Peribadi Di ASEAN - Malaysian Re

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk insurans kesihatan peribadi di ASEAN terutamanya selepas pandemik COVID-19, kata Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).

Sarawak Bakal Ambil Alih MASwings Bulan Depan

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PM Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Perniagaan "Chaebol" Korea Selatan, Tarik FDI

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu ahli-ahli perniagaan utama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai "Chaebol," dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Rackson Group Bakal Ubah Landskap Bayan Lepas Dengan Projek GDV Bernilai RM1.5 Bilion

GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.

Kepimpinan MADANI Bentuk Era Baharu Pembangunan, Ekonomi Inklusif - KSN

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bin Zayed International Komited Labur US$2 Bilion Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) telah komited untuk melabur US$2 bilion (US$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ringgit Teruskan Momentum Positif, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pihak Berkepentingan Sektor Tenaga Asia Tenggara Fokus Kurangkan Pelepasan Metana

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Petronas dan pihak berkepentingan lain dalam sektor tenaga di Asia Tenggara mengumumkan sektor itu berupaya memainkan peranan utama dalam usaha penyahkarbonan di rantau ini dengan menumpukan kepada pengurangan pelepasan metana.

Perniagaan Malaysia Digalakkan Teroka Industri Halal Dan Pertanian Kenya - Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan di Kenya terutama dalam sektor pertanian yang memerlukan teknik pertanian pintar dan pengetahuan perindustrian serta industri halal.

Bubbles O2 Bekerjasama Dengan Queen Of Nature Group

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Bubbles O2 Sdn Bhd, perintis dalam industri air mineral semula jadi beroksigen di Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan Queen of Nature Group hari ini di MIHAS@Dubai 2024.

Jualan MATRADE Di MIHAS@Dubai Cecah RM2.2 Bilion, Langkaui Sasaran 120 Peratus

Oleh Zarul Effendi Razali

DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai dengan kejayaan yang memberangsangkan selepas jualannya melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.