Terdapat 1633 berita berdasarkan kata kunci carian "pengerusi"

Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025 Perkenal 23 Kategori Baharu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Edisi ke-12 Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia, dengan kerjasama iProperty akan memperkenalkan 23 kategori anugerah baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 132 anugerah.

MATRADE Sasar Peningkatan Nilai Eksport Barangan Lima Peratus Tahun Ini - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diberi sasaran bagi meningkatkan eksport barangan negara sebanyak lima peratus kepada RM1.58 trilion pada 2025.

Kerajaan Rangka Strategi Nasional, Tubuh NGCC Perkukuh Ekonomi - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka strategi nasional yang mantap, termasuk penubuhan “National Geoeconomic Command Centre” (NGCC) untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Unit Catcha Digital Meterai Perjanjian Beli 92.5 Peratus Pegangan Dalam Theta Pada RM35 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Catcha Digital Bhd, Catcha Theta Holdings Sdn Bhd (Catcha Theta) memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat (SSA) untuk membeli 92.5 peratus pegangan ekuiti dalam Theta Service Partner Sdn Bhd (Theta) pada RM35 juta.

Pembiayaan Islam Naik Kepada RM1.13 Bilion, Pertumbuhan Takaful Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.

MATRADE Sasar Teroka Pasaran Sedang Pesat Membangun Bagi Tingkatkan Perdagangan Negara

KEPALA BATAS, 23 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuh dan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.

Qube Umum Persidangan Farmaseutikal Dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 Pada April

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penganjur SEACare 2025 mengumumkan penganjuran Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 April ini.

Petronas Gas Sasar Pertumbuhan Mampan Dalam Persekitaran Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) kekal komited untuk mencapai pertumbuhan mampan dan mengemudi landskap tenaga yang berkembang pada masa depan, kata Pengerusinya Datuk Adif Zulkifli.

AI Mampu Tingkatkan KDNK Malaysia Sebanyak US$115 Bln Menjelang 2030 - Emir Research

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kecerdasan buatan (AI) boleh menambah sekitar US$115 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menjelang 2030, memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pembuatan tetapi juga sektor penjagaan kesihatan, pertanian dan kewangan, kata pengasas EMIR Research, Dr Rais Hussin.

Kumpulan KHSB Sasar Keuntungan RM100 Juta Setahun Menjelang 2028

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) -- Kumpulan Ketengah Holding Bhd (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sehingga RM100 juta setahun menjelang 2028.

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

SC Dijangka Serah Syor Semakan Fi Kepada MoF Menjelang Akhir Mac

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka mengemukakan cadangan bagi menyemak semula levi fi daripada perantara, kepada Kementerian Kewangan (MoF) menjelang akhir Mac ini.