10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) yang dipengerusikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun ini akan membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau dan membina pasaran modal ASEAN yang lebih terhubung serta berdaya tahan.
10bulan ago
LABUAN, 20 Mac (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah telah diberi tanggungjawab oleh CILT Malaysia untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan industri logistik dan pengangkutan di Labuan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Affin Bank Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd untuk memupuk kerjasama perniagaan dan memacu peluang pertumbuhan bersama.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor barang kemas Malaysia kekal berdaya tahan, dengan permintaan kukuh yang berterusan walaupun harga emas meningkat, sebahagian besarnya didorong oleh menghargai emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai simbol kekayaan dan pelaburan yang dipercayai atau aset selamat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Catcha Digital Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam DS Services Sdn Bhd (Digital Symphony) dengan nilai RM22.95 juta secara tunai.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pengembangan Fasa 2 EVE Energy Co Ltd (EVE Energy) akan mencipta lebih 1,000 pekerjaan, menegaskan komitmennya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dengan kerjasama TikTok, merancang membuka empat lokasi baharu TikTok Shop LIVE Hub pada tahun ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menggesakan agensi itu memainkan peranan penting dan “menunjukkan keupayaan dan kesediaannya” untuk menangani cabaran perdagangan global yang boleh membawa kepada perang perdagangan.
10bulan ago
ARAU, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan RM9 bilion dapat dijana daripada penjualan kayu getah terawat menerusi program tanam semula di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
10bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Forest City bersedia menjadi pemain utama dalam pertumbuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) yang juga sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan berperanan menyediakan hab pengangkutan.