9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah meminta melalui Kementerian Luar, membincangkan isu tarif pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir hari ini menyaksikan perkumpulan itu menyokong Penyampaian Ekonomi Utama (PED) Malaysia di tengah-tengah isu tarif AS yang menjejaskan negara anggota.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle), Garrett Ilg serta delegasinya.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) (2025-2028) akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai piawaian global dalam tadbir urus dan pembangunan mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.