8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE), unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A Bhd dianugerahkan pensijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengesahkan laporan Bernama bahawa Malaysia dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tidak lama lagi.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kalangan menteri ekonomi ASEAN menyuarakan kebimbangan mengenai kemajuan yang perlahan berkaitan perjanjian perdagangan bebas (FTA) blok ini dengan India, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) – Rantaian nilai maritim yang memudah cara jaringan perkapalan dan menjamin laluan laut selamat selain dapat menangani gangguan penting untuk ASEAN, negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China dalam usaha mereka memperkukuh kerjasama dan integrasi ekonomi tiga pihak.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kemajuan dan hasil daripada inisiatif berdasarkan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 dan Pelan Tindakan AEC 2025 merupakan antara perbincangan utama dalam Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan Ekonomi (Prep-SEOM) untuk mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 yang akan diadakan esok.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia berisiko kehilangan tiga hingga empat peratus daripada nilai eksport panel solarnya jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengenakan tarif import produk panel solar, kata pemerhati industri.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan 422 unit hartanah yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkasa pemilikan hartanah di kawasan bandar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 akan menggariskan rangka kerja bagi agenda integrasi ekonomi serantau dan meningkatkan ketangkasan dan daya tahannya terhadap kejutan luar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN digesa mempertingkatkan usaha dan kerjasama dalam bidang teknologi angkasa bagi memastikan perkongsian, ilmu dan pembangunan kapasitinya dapat dilaksanakan secara berkesan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama serantau.