BERITA TERKINI   Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary setuju salur peruntukan tambahan RM30 juta sokong usaha kerajaan bela nasib pesawah miskin - PM  | 

Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " pm anwar"

Malaysia Sedia Terajui ASEAN Dalam Pembangunan AI Melalui Kerjasama Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

Malaysia Sasar Lengkapkan Pelan Tindakan Teknologi AI Dalam 12 Bulan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan RM57.3 Bilion Pelaburan AWS Kepada KDNK Dijangka Dapat Dipercepat Kepada 2032 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dianggarkan berjumlah RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada tahun 2032 daripada 2038.

Belanjawan 2025 Sasar Tingkat Taraf Hidup Rakyat, Majukan Pembangunan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Pelaburan Digital RM185.3 Bilion Diluluskan Untuk Tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Berharap ASEAN Manfaatkan Visi Bersama Untuk Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berharap ASEAN akan menerapkan visi bersama yang menumpukan kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan, dan kerjasama dalam kalangan negara jiran bagi memastikan rantau ini kekal rancak.

Malaysia Capai 43 Peratus Daripada Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Capai 43 Peratus Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept  (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Industri Halal Bersifat Menyeluruh, Mampu Melengkapi Ekonomi Islam - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.