8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM30.76 juta pada suku kedua berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM30.28 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
8hari ago
SINGAPURA 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Singapura hari ini, disokong oleh harga tenaga yang tinggi dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan tengah hari ini, selari dengan prestasi positif pasaran serantau.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor perubatan Malaysia tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, justeru prospek pelancongan perubatan kekal kukuh bagi tahun ini, menurut Sunway Healthcare Holdings Bhd.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia berpotensi berdepan penurunan sederhana sekiranya harga minyak kekal tinggi, berikutan peningkatan kos bahan api yang mendorong kenaikan kos pengangkutan serta kos pembinaan, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
8hari ago
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih pelaburan digital diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2025, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), data raya, pusat data dan perkhidmatan awan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Pengenalan pindaan utama kepada amalan pembiayaan sewa beli di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA) adalah langkah penting untuk meningkatkan perlindungan kepada peminjam terutama bagi mereka yang ingin menjual kenderaan sebelum kontrak pembiayaan matang.
8hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, sejajar dengan kenaikan Wall Street semalaman walaupun harga minyak mentah yang tidak menentu kekal melebihi paras US$100 setong.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- OCBC Group Research telah menyemak semula unjuran minyak mentah Brent menjadi lebih tinggi, menjangkakan harga kekal meningkat pada sekitar US$100 setong hingga pertengahan tahun sebelum susut ke arah US$70 setong menjelang awal 2027 di tengah-tengah gangguan bekalan yang berterusan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan dasar fiskal sejak beberapa tahun lepas membuahkan hasil, memberikan ruang untuk mengambil pendekatan tunggu dan di sebalik konflik di Asia Barat, kata OCBC Research Group.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Hextar Capital Bhd, melalui anak syarikatnya, Legacy Core Sdn Bhd, meraih subkontrak bagi Projek Kem Kabota di Tawau, Sabah dengan nilai kontrak RM75.9 juta.