Terdapat 814 berita berdasarkan kata kunci carian " jawatan"

Kedaulatan, Kebebasan Dasar, Kepentingan Negara Kekal Terpelihara Sepenuhnya Di Bawah ART

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sekali lagi menegaskan bahawa kedaulatan, kebebasan dasar dan kepentingan negara Malaysia kekal terpelihara sepenuhnya di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat. 

PIDM Lantik Abu Huraira Abu Yazid Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 15 November

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Nov 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang bersara.

Ringgit Dijangka Sekitar 4.10-4.15 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.

GMC Diaktifkan Semula Perkukuhkan Pengurusan Tuntutan Perubatan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pihak industri penjagaan kesihatan serta insurans/takaful mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Kemudi ASEAN Tangkas Tangani Peralihan Perdagangan Global -- Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia mengambil tindakan pantas dan melibat urus dengan negara anggota ASEAN lain untuk merangka apa yang perlu dilakukan rantau itu susulan perubahan mendadak dalam sentimen perdagangan global tahun ini, terutamanya berkaitan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Penerimaan Tadbir Urus Korporat Syarikat Awam Tersenarai Malaysia Kini Lebih Baik -- SC

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2025 (CG Monitor) yang menunjukkan kemajuan berterusan syarikat awam tersenarai (PLC) dalam penerimaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG).

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Kadar OPR Semasa Pada 2.75 Peratus Masih Wajar, Menyokong Ekonomi Malaysia - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 2.75 peratus masih wajar dan menyokong pertumbuhan memandangkan keadaan ekonomi Malaysia dan inflasi yang stabil, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan Catat Jualan Tahunan RM39.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Didorong Penurunan Hasil Perbendaharaan AS

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan berterusan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terus menekan mata wang negara maju itu.