6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Keperluan permit perdagangan untuk kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) menandakan komitmen Malaysia terhadap ketelusan dan piawaian global selain bertujuan mengekang kegiatan pelanggaran undang-undang dalam ekosistem AI.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diberi mandat untuk menjadi badan pemeriksa tunggal dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik ke Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2025
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat menjadi bank pertama di Malaysia dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli, iaitu pihak yang mendapat mandat melaksanakan kutipan, pengurusan dan agihan dana wakaf tunai, melalui inisiatif Jariah Al-Barakah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan semula komitmennya terhadap ketelusan penuh, penambahbaikan berterusan, keprihatinan kepada mereka yang terjejas, dan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan Akaun Pelaburan Lestari Ihsan (ISIA) 3.0, versi ketiga tawaran pelaburan patuh Syariah perintisnya.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd menyokong sepenuhnya pembaharuan sistemik dalam sektor penjagaan kesihatan bagi menangani peningkatan kos perubatan dan memastikan daya maju jangka panjang industri insurans untuk manfaat pelanggan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik langkah penstrukturan semula tarif elektrik di bawah Tempoh Regulatori Keempat (RP4), dan menyifatkan ia sebagai proses pelarasan semula kos yang lebih telus kepada pengguna dan menggalakkan pengurusan permintaan tenaga.
6bulan ago
SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Aircraft Propeller Service (APS), peneraju global dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kipas pesawat, hari ini membuka kemudahan baharunya di Shah Alam, Selangor, menandakan pusat MRO pertamanya di Asia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penggunaan sistem Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) Trace memainkan peranan penting dalam menangani isu alam sekitar dan sosial dalam industri dengan membenarkan pihak berkepentingan menjejaki transaksi getah mentah dari ladang hingga produk akhir.
6bulan ago
ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Kedah merekodkan jumlah pelaburan RM4.2 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini dan dijangka menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan.