1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
1bulan ago
BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh isyarat pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US, menurut seorang peniaga.
1bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas rundingan, mempelawa maklum balas mengenai pelbagai cadangan untuk meningkatkan cadangan nilai pasaran awam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Dokumen Dasar bagi Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) yang disemak akan membolehkan penyedia perkhidmatan kewangan (PPK) mengambil tindakan sesuai untuk memahami pengguna rentan dengan lebih baik serta memberikan bantuan diperlukan, kata jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang melonjak sebanyak 11.9 peratus kepada RM136.12 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM121.65 juta pada tempoh sama tahun lepas.