4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menunjukkan keyakinan bahawa ekonomi semasa sesuai untuk menyokong pertumbuhan tanpa menimbulkan risiko pemanasan melampau atau ketidakseimbangan kewangan.
4bulan ago
BEIJING, 3 Sept (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Sept (Bernama) -- ASEAN berada di landasan untuk menjana ekonomi digital bernilai US$1 trilion (RM4.32 trilion) menjelang 2030, dipacu golongan belia, bakat serta permintaan pasaran, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 tercapai berikutan kerajaan mengambil pendekatan pemusatan dalam persekitaran keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN berhasrat untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang terdiri daripada pelbagai ekonomi utama Asia di sini pada Oktober.
4bulan ago
PETALING JAYA, 26 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melabur sejumlah RM4.6 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) setakat separuh pertama tahun ini, daripada komitmen pelaburan keseluruhan RM10 bilion bagi tempoh lima tahun pertama selepas penggabungan syarikat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Idham Nawawi.
4bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG).
4bulan ago
TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mencapai kecekapan pelepasan selaras dengan piawaian global selepas pelaksanaan penambahbaikan ruang udara, pencapaian penting dalam keupayaan pengurusan trafik udara Malaysia.
4bulan ago
SEREMBAN, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri ini berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berikutan banyak pelaburan baharu yang masuk bagi tempoh enam bulan 2025.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) menjangkakan pertumbuhan pinjamannya seiring dengan kadar industri sebanyak empat peratus tahun ini, dipacu terutamanya oleh segmen perbankan perniagaan dan runcit, manakala pinjaman runcit dijangka kekal mendatar.