Terdapat 135 berita berdasarkan kata kunci carian " mot"

Sime Darby Auto ConneXion Labur RM16.6 Juta Dalam Bilik Pameran 3S Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Sime Darby Auto ConneXion (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, secara rasmi telah membuka bilik pameran 3S terbaharu serta terbesar (perkhidmatan dan alat ganti) di Jalan Baru, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.

Pos Shop Pertama Di Sabah Bantu PKS Jana Pendapatan

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.

Naza Eastern Motors Sasar Lima Cawangan Suzuki Baharu Tahun Ini

GEORGE TOWN, 24 Jan (Bernama) -- Naza Eastern Motors, pengedar eksklusif Suzuki Cars di Malaysia, komited untuk meluaskan kehadiran jenama kereta Jepun itu, dengan lima cawangan baharu dijadualkan dibuka di seluruh negara tahun ini.

MAA, MARii Bekerjasama Anjur Pameran Automotif

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.

MARii Lantik Aminar Rashid Pengerusi Baharu Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu berkuat kuasa serta merta.

ASEAN Perlu Strategi Bersatu Tingkatkan Industri EV, Kata CEO Yinson

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.

PERNAS Salur Pembiayaan Sebanyak RM461 Juta Kepada 2,283 Usahawan Francais Sejak 2014 - Ewon

KOTA KINABALU, 5 Jan (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.

Kenanga IB Unjur TIV Meningkat Kepada 805,000 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.

Jumlah Jualan Kenderaan Baharu Dijangka Turun Kepada 755,000 Unit Pada 2025 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk jualan kenderaan baharu dijangka turun sebanyak empat peratus tahun ke tahun kepada 755,000 unit pada 2025 berbanding 790,000 unit pada 2024, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Industri Insurans Raih Perhatian Berikutan Premium Perubatan Naik Mendadak

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.

Inflasi November Turun Kepada 1.8 Peratus -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini, penurunan pertama sejak Ogos 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).