3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjejaskan dolar.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia kekal ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan kelembapan niaga hadapan getah serantau serta ketidaktentuan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan mencatatkan lebih kukuh berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen pasaran domestik yang lebih baik dalam pelbagai perkembangan perdagangan global.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu, apabila pelabur, hampir pasti dengan penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) bulan ini dan dijangka satu lagi pada Disember, mula beralih kepada aset selamat.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kelemahan dolar AS susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell yang membayangkan penurunan kadar faedah.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup lebih tinggi hari ini, seiring prestasi memberangsangkan pasaran serantau susulan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah di pasaran meluas.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan sentimen didorong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan musim hujan di negara-negara pengeluar getah utama, kata peniaga.
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kukuh berikutan pelabur tidak bimbang mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin meningkat minggu depan berikutan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS), yang boleh memperlahankan pertumbuhan dan mendorong penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed).
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meraih peningkatan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipengaruhi oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil dalam keadaan kebimbangan yang berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata peniaga.